Sunday, August 30, 2009

Bersedialah kek dicincang oleh aku ...... heheheeh... Ni antara part belakon ah nie.... Kalu anda tgk betol2, belakang aku tu ade cikgu aku.... tu lah cikgu sejarah aku... Cikgu Rosmi.... Kami ajak die makan sekali tetapi die refuse ... katenyer kek ni banyak lemak dan gula, kirenyer tak bagus untuk tubuh badan ah.......Cikgu aku nie memang jaga kesihatan nyer.......
Ni lah girls budak kelas aku.... ade lagi yang laen tapi entah hilang ke mane..... hehehehe ...Yang tak de kat sini aku mintak maaf ler... Ni buat makn kek cket nii.... Kalu girls nie dgr pasal kek , mmg mate tu terus bulat...Jd kami mencapai kate sepakat untuk membeli satu kek dengan berkongsi duit.... Bijak tak .... ehheehe

Cikgu macho smk lb

Ni lah ex-cikgu add math aku..... sob3... cikgu ni memang machooo....cara mengajar pown control machoo..... abis machoo..... aiksss apesal aku asyik duk cakap macho3 je ni..... hish memang tak dop modal ah nie...... hehehehee

Orang macho

Ni geng aku... asyik2 je suroh letak gambo die...... mentang2 lah gambo die machooo..... jom kte lihat setakat mane die punye kemachoon die..... mcm mane ?? macho tak die ni?? sila tinggal comment banyak2 gambo die.... orang yang aku maksudkan , yang berada ditepi tiang tu.... hehehehe .... Jangan marah...

Saturday, August 29, 2009

Hmmmmmmnnnnnnn................ Dah lame tak updated blog... Ni nk kbor cket kate2 semangat kepada form 3 yang akan periksa trial PMR tak lame lagi...... Jadi ni lah kate2 semangat bagi form 3..... BE THE BEST,BEAT THE REST.........

SELAMAT BERJAYA KEPADA FORM3 SMK LEMBAH BIDONG , yang akan periksa percubaan PMR... Teruskan kecermelangan SMK LEMBAH BIDONG.....

Wednesday, August 26, 2009

Keistimewaan Ramadan al-mubarak

Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun (Anda bagaimana?). Asbabnya Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini.


Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti:

Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan. Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.

1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pengalaman yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukun, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.

2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

3. Memperbanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak.

Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur. Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.

Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa. Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.

Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka. (Riwayat Nasaie dan Ahmad daripada Abu Hurairah)

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda: Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.

Rasulullah s.a.w. juga mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.

Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-

Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya. Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.Anggaplah Ramadhan sebagai bulan saringan pelepasan ke padang Masyar!

Saturday, August 22, 2009

Oh kambing! Jgn tingalkan daku.

Ni lah kem ibadah kat sekolah aku. Ni cara2 nk sembelih kambing dan uruskan kambing selepas sembelih kambing.. Ni cara sembelih amat kambing untuk memastikan kambing tak berbau hamis.. Banyok gok ah benda baru yang dipelajari...






Ni lah kambing yang kite lihat tadi... Dah jadi potongan daging doh.. Hehehe. Sedih ler pulak kambing jadi macam ni. ....


Ni lah saat kambing nie disalai bagi menghilangkan jugak bau hamis nyer... Kesian kat kambing , diperlakukan sedemikian tp akhirnyer masuk dalam mulut kite gak .Kah3


Ni lah saat kambing dikunyitkan untuk menghilangkan bau hamis nyer. Ni lagi seksi kambing ni posing kan... Kah3


Ni lah gambo kambing dibogelkan. Hishh, sape 16 ke bawah tak buleh tengok .... BAHAYE. Hehehee. Ni lah gambo kambing dilapah. Ape macam , seksi tak? Hahaha



Lepas kambing nie kene sembelih and... mati. Kte kene gantung kambing untuk membuang kulit nyer atau pown orang biasa kabor melapah ah kire nyer. Sebab kambing ini digantung untuk memudahkan proses melapah.


Kesian kat kambing nie..... Kambing jangan tinggalkan daku... Ni ambik ayat cte tv cume adjust cket. Hehehe. ... Cara kematian kambing nie cukup ngeri... Sampai kesian pulak aku tengok kambing nie..


OOOOOoOOO.... Sembelih kambing rupenyer. Ni lah mase skool aku mengadekan kem ibadah.. Ni nak tunjukan cara-cara sembelih kambing. Kambing nie kene orang pakar yang sembelih, supaya tidak berbau hamis( busuk ah kirenyer ataupown berbau kuat) .


Ni apasal ramai sangat orang nie!!! Tak nmpk ler.. Pok cik tu siap pegang pisau ag. Hish , mcm nk sembelih sesuatu je??? Jom lihat nk sembileh ape??


Ni apasal ramai sangat orang nie. Macam ade kenduri je . Hehehehe. Hish sape pulak kenduri kat skool nie. Pelik je .

Sorry

Ni dah lame tak updated blog ni. Sorry ah . Ni , sifat malas semakin menjadi2. Heheeee. Ni byk cte nk share tapi mals nk tulis, jd diharapkan bersabar. Huhuhu. Just wait.!

Monday, August 10, 2009

My classmate


Ni lah orang tua dalam kelas 4e1. Name Hafizie tp orang paggil orang tuo, kes mempunyai banyak uban. Kate2 menjadi petua buat kami semua kes die ni orang tuo banyak makan garam. Huhuhuu. Dia ni lah captain bola sepak 4e1 yang telah memenangi pertandingan bola tingkatan 4.


Yang ni lah Mat Aben , yang mengalahkan Mat Yie dalam pemilihan ketua kelas. Die nie org Kemboja . Cita2 die , nak balik kampung kat Kemboja. Huhuhhuhu. Name die sebenarnye Khairul Anwar. Die ni jugak dikate kan mempunyai piring astro kerana telinga nye yang gebeng. Huhuhuu


Ni lah Mat Yie atau pown name sebenar nye Izzat Fiqri.Die ni lah yang mem beri gelaran Ketel kat Arif Najmi. Die ni liar gok cket2. Die pernah memegang jawatan ketua kelas selame 3 tahun berturut2. Tapi naik form 4 die tlh dikalah kan oleh Mat Aben. Ni sekarang die jadi MPP(majlis perwakilan pelajar).


Ni Danzo ke???? Hish sejak ble aku kawan ngan Danzo ni. Tak leh, ni Arif Najmi nick name dia Ketel. Huhuhuu. Dia ni pendiam dan suke ngat bace novel Ramli Awang Mursid. Tapi lening dah jadi bising cket.



Ni lah Hisyam, atau Sang atau Mat Chap. Dia ni perangai pe budak2 cikit. Selalu happy dan tunjuk muka senyum. Huhuhuuuh. Tapi kalu die mengajuk, jgn haraplah nk cakap ngan die seminggu.Huuhuuhhu. Selalu gak wak keje pelik2 die, mmg jenis suke tarik perhatian org.

My classmate


Ni pulak name Izzudin, orang panggil din je. Kadang2 tu keluar jugak ler perkataan yang kte x nak dgr ,jubol itu keluar. Die ni dduk tepi aku. Orang nyer baik , senyap n orang puan tp n org lelaki bising dan gegel(maksud nyer suke mencetuskan gelak tawa). Ni jugak lah star bola baling sekolah aku. Pernah jadi wakil daerah beberape kali.


Skrang sampai lah masse untuk orang kenamaan.Faiz Fathi tapi orang panggil die Petai atas sebab yang x diketahui. Huuuhuuhh. Die ni lah kalu belakon mesti jafi hero india. Mmg bakat lakonon india dia dapat dikesan sejak tingkatan 2 lagi. Wahh!! Hebat nyer! Tapi die ni lah penghibur kelas kami.


Nak kenal tak sape ni???Ni lah Syuhadat kawan sekelas aku. Ni baru naik pangkat dalam KRS (PEGAWAI WAREN 1).Ni gaye posing mengalahkan artis ni. Buleh jadi model majalah ni. Tapi aku n rakan yang laen panggil die itik. Die ini active, buas , hensem dan penghibur kelas.

Saturday, August 8, 2009

Slamdunk






SLAMDUNK. Pernah tak tgk anime atau bce manga ni?? Cte ni memang syok habis ahh. Bce banyak kali pown x kan rase puas atau bosan . Jalan cter nye menarik dan kreatif. Haikk. Inoue Takehiko memang seorang mangaka yang hebat. Lukisan die amat kemas dan real!! Slamdunk adalah salah satu manga yang aku paling aku suke kerana cter memang syok ,real ,kelakar, dan hero yang mempunyai kesungguhan yang kuat. Ini menjadi dorongan kepada aku. Aku menghabiskan cti aku dgn membaca manga ini .

Pertandingan bola kat skool





Ni lah babak antara perlawanan bola kat sekolah smk lembah bidong bagi ting 4. Ini memang satu pertadingan yang amat sengit. Walaupown kelas kami 4e1 telah beberape kali kalah peringkat kumpulan ,tapi berjaya melayakankan diri ke separuh akhir. Dengan semangat juang yang kuat dan perancangan strategi yang berkesan, kami akhirnya berjaya ke separuh akhir. Di perlawanan akhir, kami bermain dengan bersungguh-sungguh dan berjaya memenangi pertandigan ini. Wahhh, mcm tak caye pulak buleh menang. Terima kasih atas jase sume orang yang menyumbang tenaga mereka untuk kelas 4e1 kerana bermain bermati-matian untuk kelas 4e1. 4e1 HIDUP!!!!!!!!!!!!!!!!!! Itu die semangat yang membakar.


Itu die,yang pakai baju hitam , Mat Yie , penjaga gol kami yang cekap walaupun telah melepaskan beberapa gol. Ni siap gaya ultramen lagi ni. Hihiihihi.... Ni mesti kuat pengaruh kartun ni.


Ni ler geng aku yang mewakili kelas 4e1 untk pertandindan bola antara tingkatan 4 kat smk lembah bidong. Dua-dua geng aku ni telah banyak menyumbang jasa kat kelas 4e1 dalam pertandigan n ni. Hish 2 org ni, siap boleh silat2 lagi. Ni nk taye sikit silat ape yang kau pakai ni ??? hhihiihii .... Tok guru mane ler yang ajar 2 orang nie. Tak lah aku gura je. Ni tgh tggu giliran kelas kami lawan, sambil2 tu masih sempat gak posing.Yang pakai baju oren tu Izzudin dan yang pakai baju putih tu,Petai...